Halaman

7 Disember 2012

Kematangan Najwa Latif..

aku cukup kagum dengan jawapan yang diberikan oleh penyanyi yang glamour dengan lagu cinta muka buku nie terhadap kontroversi yang dibuat oleh bapanya..


"
Najwa sudah bersedia untuk menceritakan hal yang sebenar?
Saya minta maaf kerana tidak akan memberi sebarang komen buat masa sekarang kerana isu yang timbul ini melibatkan keluarga. Kalau saya buka mulut dan bercerita, sudah tentu saya akan mengaibkan keluarga dan itulah perkara yang saya mahu elakkan sekarang.
Dengan cerita yang didedahkan itu, adakah Najwa fikir ia akan menjejaskan kerjaya dan periuk nasi anda sebagai penyanyi?
Sebenarnya saya lebih percaya bahawa setiap rezeki yang diperoleh itu semuanya telah ditentukan oleh Allah. Sekiranya terdapat sebarang tawaran membuat persembahan ditarik balik, saya anggap itu bukan rezeki dan terima dengan hati terbuka.
Apakah reaksi peminat terhadap cerita berkenaan?
Saya berasa sangat lega dan gembira kerana para peminat masih tetap menyokong saya, malah ada antara mereka yang turut memberi pandangan supaya saya tidak memberikan sebarang komen terhadap isu tersebut."

sumber dari:kosmo


dari situ je kita tahu yang penyanyi kecik molek nie masih lagi menghormati ayah beliau.
aku bukan sahabat or kawan rapat dia or memang kenal dia ke ape... tapi sebagai bapa pun pada aku dia harus lah tahu menjaga keaiban anak sendiri.



xoxo
ema

Tiada ulasan: