Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
tengok pada tajuk pun dah tahu aku nak strory pasal sape...semalam aku tengah dok kemas bilik cam kapal perang dilanda todak, tba2 aku terdengar kat berita yang kita telah kehilangan seorang wira dan pejuang kemerdekaan...mula2 tu aku kompius jugak lah sape ek...bila dia sebut je nama kanang anak langkau...terus aku teringat dulu aku pernah stdy pasal novel yang dikaitkan dengan datuk temenggong kanang anak langkau nie...tapi aku lupe lah pulak time form berapa aku stdy novel nie...
pape pun nie biodata pahlawan yang telah pun pergi ke penciptanya:
Datuk Temenggong Kanang anak Langkau (1945 - Januari 3, 2013) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.
Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang bersara dari perkhidmatan pada tahun 1986 selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.
Pada awal pagi 3 Januari 2013, beliau dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak selepas mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumahnya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 1.45 pagi
dan novel yang aku stdy dulu adalah "kanang cerita seorang pahlawan" aku rasa budak yang lahir tahun 1987 akan tahu kot novel nie..itu pun bergantung samada mereka stdy novel nie or tak..
xoxo
ema
Tiada ulasan:
Catat Ulasan