Halaman

15 Disember 2012

Menang Bermaruah

Assalamualaikum....dan sejahtera...


macam entry sebelum nie entry nie patriotik lah sangat...event mash sedih sebab kekalahan agregat 3-1 kepada si gajah tapi pada aku harimau tetap no 1 dalam hati...Dengan pengadilan yang ntth ape2 je aku rase mungkin kene sogok kot dgn si sheperd tu..

si fadhli shas yang slalu kool je sampai kena buang padang. masih terbayang lagi muka dan reaksi fadhli shas "ape plak salah aku ni"

dengan ramainya permain yang kurang sihat...ape pun tahniah wahai harimau ku korang tetap di hati

dan malaysia tetap juara dihati aku..


p/s:my gunalan tak main mgkn tu sayap patah ditambah pula garry steven robbat kena racun kt makanan


xoxo
ema

12 Disember 2012

Malaysia Tanah Air ku

Assalamualaikum dam sejahtera...


Malaysia Tanah tumpah darah ku... ayah memang best tapi disebab kan aku nie orang biasa so dengan itu tak boleh lah sesuka hati buat entry yang tak patut...entry nie wujud sebab bila aku lihat kiri dan kanan aku waktu pagi menaiki public transport hampir majoriti adalah warga asing.. semakin aku tidak paham kadang2 mereka ini seolah2 buat negara nie macam negara mereka sendiri...

 ape yang lagi aku rase macam meluat INDONESIA wah pantang keluar berita amah kena dera warga indonesia yang pegang statys GRO kena rogol habis duta kita di negara tersebut dikecam... kadang2 terfikir juga jika mereka menganggap negara kita nie membahaya kenap still cari makan disini..bukan setakat itu juga mereka juga sering melakukan jenayah..

memang entry kali nie takkan ada gambar tapi nie untuk bacaan semua.. aku kadang2 terasa mungkin ada salah juga kita sebagai anak watan MALAYSIA..mana tak nye semua nya pakat dok memilih keje

dulu aku pernah cakap hantar jelah dorg nie balik negara masing2 kalo rase malaysia nie adalah negara kejam...dan ni jawapan sesetengah pihak

"habis lah banggunan tak siap"

"sape plak nak cuci tandas ofis aku"

"sape nak jaga anak aku"

sebab PM kita nie terlalu manjakan anak watanlah kadang2 sesetengah sektor tu warga asing yang jadi bos...aku pernah jadi part timer kat satu kedai 24 jam yang mane asst manager adalah orang pakistan dah lah berbau ske2 nak arah2 kan aku...

yang terbaru nie aku dengar berita yang mana kerajaan nak mengajikan warga bangladesh di sektor pertanian ke ape ke...ape yang aku harap sangat satu hari nanti PM dapat bacalah luahan cerita anak watan MALAYSIA...


Setiap hari aku balik keje terpaksa berebut naik bas dengan warga asing INDONESIA pernah satu hari tu dalam berebut mereka terlanggar aku tanpa minta maaf langsung...start dari tu aku siap cakap kt driver bas "kalau nak berhenti tolong r berhenti depan orang MALAYSIA" dorg tu dah r ske berebut pas tu siap pernah kutuk cerita PRIMADONA  yang ditayangankan dengan mengatakan yang bukanlah cantik pun primadona malaysia nie

tolonglah PRU 13 nanti adalah perubahan dimana warga asing nie mansuhkan sedikit demi sedikit..sebab kadang2 aku naik takut untuk duduk kat negara aku sendiri...


aku sayang MALAYSIA

xoxo
ema

10 Disember 2012

Percutian yang ditaja Skrine

Assalamualaikum.....


entry nie sebenarnya dah lama dah tersimpan kat benak fikiran tapi tak mampu yang keluar. akhirnya uolss i keluarkan juga.
seperti tajuk dia "Percutian yang ditaja" ya betul pada 1 december hari tu aku dan budak ofis telah pun pergi bercuti dimana disini
di bukit gambang resort city kuantan pahang. amik kau pagi2 lagi aku dah kena bangun pergi ofis sebab kena ada kat ofis pukul 7. dah lah dengan beg besar gabak aku kena naik bas dah sebijik cam minah indon uolss pergi kerja hari sabtu.

management cakap je tepat 7.30 akan bergerak dari ofis alih2 pukul 8 baru kteorang bergerak dari ofis. dengan tak sempat cari breakfast perjalanan 2 jam perut dah macam kelab malam  akhirnya driver bas berhenti di hentian temerloh dan aku hanya mampu beli nie jewr sebab perut dah tak mampu masuk :

me and malkeet
berhenti dalam setengah jam otak aku dah fikir tak sabar nak g mandi yelah azam bertahun nak sunway lagoon tak lepas2 asyik busy jer sekali dapat chance orang belanja so aku enjoy the moment puas2 lah
 


kenape gambar sikit sebab guna kamera kawan aku si divya. aku punya kamera tertinggal atas katil kat rumah dah lah phone aku letak kat loker 1 kaki hahahahaha.
puas aku berendam aku duk kat tempat makanan yang disediakan oleh company yang aku sukeeee sementara tunggu rakan gossip aku sampai dan juga roomate aku untuk check-in same2..

sampai je kat hotel aku diberitahu yang aku duk kat dalam bilik tu nanti sorang2 actually hotel tu macam apartment yang ada 2 bilik yang mampu muat 6 orang tapi waktu awal2 cadangan ditemukakan ramai yang bangkang so 1 apartment duduk 4 orang dan aku punya apartment duduk 3 orang that means aku duk bilik sorang lah


so heaven tak katil sebesar diatas aku sorang yang pakai...hahahahaha memang macam syurga sangat syurga dunia..

tepat jam 7.30 malam lepas aku intai bilik kat blok lain ada yang solat aku pun solat then bersiap2 untuk ke "ANNUAL DINNER AND DANCE 2012". Buat pertama kalinya aku make up sendiri uolls mula2 tengok tu takut lah orang kutuk ke ape ke.. yelah pergi ofis bapak sempoi aku nie.. dengan bedak je...



ramai gak lah oficemate yang tegur comelnye aku makeup..hahaha (buat muka perasan beauty skit)..
yang tu anak rakan gossip aku actually banyak lagi gambar tapi sbb kemera banyak kat orang so aku terpaksa lah mengendeng kat kamera orang..dinner yang membosankan aku tak follow pun ape yang berlaku sekeliling aku yang penting ape yang aku taw floor alu menang perfomance malam tu




lepas habis je dinner malam tu aku balik bilik tukar baju barulah aku merayap serata hotel menjelajah tengok ape yang best..

esok pagi2 aku dah bangun g breakfast yang ditaja then bersiap untuk check out.. sampai KL pukul 4 petang dengan hujan lebatnye aku kejar bas balik rumah.. so tired but i'am verry happy for the vacation... sebab dah lama berazam nak bercuti tapi tak kesampaian.


xoxo
ema






7 Disember 2012

Kematangan Najwa Latif..

aku cukup kagum dengan jawapan yang diberikan oleh penyanyi yang glamour dengan lagu cinta muka buku nie terhadap kontroversi yang dibuat oleh bapanya..


"
Najwa sudah bersedia untuk menceritakan hal yang sebenar?
Saya minta maaf kerana tidak akan memberi sebarang komen buat masa sekarang kerana isu yang timbul ini melibatkan keluarga. Kalau saya buka mulut dan bercerita, sudah tentu saya akan mengaibkan keluarga dan itulah perkara yang saya mahu elakkan sekarang.
Dengan cerita yang didedahkan itu, adakah Najwa fikir ia akan menjejaskan kerjaya dan periuk nasi anda sebagai penyanyi?
Sebenarnya saya lebih percaya bahawa setiap rezeki yang diperoleh itu semuanya telah ditentukan oleh Allah. Sekiranya terdapat sebarang tawaran membuat persembahan ditarik balik, saya anggap itu bukan rezeki dan terima dengan hati terbuka.
Apakah reaksi peminat terhadap cerita berkenaan?
Saya berasa sangat lega dan gembira kerana para peminat masih tetap menyokong saya, malah ada antara mereka yang turut memberi pandangan supaya saya tidak memberikan sebarang komen terhadap isu tersebut."

sumber dari:kosmo


dari situ je kita tahu yang penyanyi kecik molek nie masih lagi menghormati ayah beliau.
aku bukan sahabat or kawan rapat dia or memang kenal dia ke ape... tapi sebagai bapa pun pada aku dia harus lah tahu menjaga keaiban anak sendiri.



xoxo
ema

Akhirnya.....

Assalamualaikum....


huhh akhirnya setelah aku berulang kali mencuri masa sewaktu keje siap gak header yang aku edit..mungkin pada uolls benda yang the latest nie adalah paling burok uolls tengok tapi nie yang aku mampu. buat kata orang sikit2 lah belajar. baby pun start dengan merangkak.

mane tak penat lepas satu satu header aku try macam2 yang jadi tengok nie antara header yang aku guna:

nie yang first taw bapak r burok gler
 
 
 
lepas tu aku try plak yang ni:
terkecik lah pulah
tak puas hati tu aku try and try lagi:
yang nie dah cun dah tapi kecik plak
 
last sekali yang uolls tengah intai lah.....penat uolls sambil pikiq keje aku edit gambar untuk header aku...agak2 aku ase cam burok lagi nanti aku change sampai lah aku puas hati...ahahahahaha
 
 
 
 
 
 
 
 
xoxo
ema

6 Disember 2012

First Entry Dan First Percubaan

Assalamualaikum....


Akhirnya setela puas mengodek blog2 blogger yang aku suka baca isi kandungannya antaranya si wartawan serta kru penyingkap fakta 66 yang aku kagumi bila dia berdepan dengan warga asing aku harap aku mampu jadi seperti dia en mazidul akmal sidek, selain beliau aku juga suka baca entry dia setiap pagi kerana komen dan kejujuran yang dia suarakan buat aku puas dan dia juga tak kedekut ilmu memasak sampaikan semua resepi dia aku amik and try sorry kak jee selalu amik resepi kak jee tak inform. selain mereka yang terkenal nie aku juga suka baca blogger yang tak asing lagi sebab cerita serta info yang dia bagi mengenai baby qalif buat aku teruja untuk tahu cerita dia abg ben ashari.


Aku juga suka akan blog bekas tunangan orang nie sebab dia nie sempoi habis memang selalu harap dapat jumpa dia depan2  siapa yang tak kenal dengan dia nie kan elia dan yang terbaru aku suka baca blog dia sebab dia memang selamber habis r ayat yang digunakan dan dia nie memang gler gambar marya.

Aku harap satu hari nanti aku dapat jumpa mereka2 nie..dan kelahiran blog ini hanya tempat aku cerita dan luahan serta hak aku lah nak cakap ape pun dan nak meraban ape pun


xoxo
emasad