Halaman

26 Januari 2013

Perlu ke nak besar kan hal nie penyokong kelantan.?

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera.....


ye aku tahu dah lama aku tak mengupdate blog aku ni, atas alasan aku kurang sihat tapi sebenarnya entry yang ini aku malas nak post. tapi sejak banyak akhbar yang siarkan cerita nie so aku pun luahkan ape yang aku rase..sebab blog ini adalah hak aku.


kes TMJ kesayangan pasukan johor darul takzim membawa skuad gerak khas nye ke kelantan sewaktu perlawanan antara JDT dan the red worrior.. aku bukan nak sokong TMJ tu...sebab aku orang johor..tapi pada aku penyokong kelantan tu tak payang r nak besarkan isu yang pada aku remeh je...skuad gerak khas dan juga askar milik persendirian sultan johor tu dah lama dah pun ditubuhkan bapa aku sendiri adalah bekas skuad gerak khas sultan johor..


alasan utama TMJ membawa skuad gerak khas dia tu pun adalah atas sebab keselamatan pemain dan juga penyokong yang datang dari johor..dan lagi lagi ape yang aku tahu pihak KAFA sendiri gagal dalam penyediakan skuad PRU or SWAT seperti yang ada dalam SOP..macam lah kita tak tahu yang peyokong kelantan nie ramai yang fanatik dan jenis yang tak mampu nak terima kekalahan ..


asal ada je perlawanan dengan kelantan pasti penyokong mereka buat hal.baling botol r bakar kerusi r habis rosak harta benda stadium...pada aku benda nie tetap pekara kecik dan pada aku yang TMJ tu hanya menjaga kebajikan dan keselamatan orang awam,....

yang menteri sukan tu pun satu...heyhhh TMJ dah buat ulasan kan so tak payah lah besar2kan lagi isu skuad gerak khas or askar swasta yang TMJ ada...


ape pun aku tetap sokong selangor....sebab s.kunalan....


xoxo
ema..

p/s:korang negeri lain nie jeles ke JOHOR mampu ada askar sendiri tanpa kerajaa...dan johor juga memang negeri kaya..k

24 Januari 2013

I'am not idiot


Asslamaualaikum dan salam sejahtera…..

 

 

 

Aku tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa tanjuk aku macam tu…okey aku jugak tahu ramai yang menonton filem panggung sabtu yang lepas…dulu mase adik aku cakap yang cite nie best aku buat bodoh jer sebab aku bukan jenis yang layan sangat cite Hindustan…so kebetulan hari sabtu tu aku tinggal umah sorg sebab dorg yang lain dok g umah kenduri kawen kazen aku kat setapak so aku pun layan lah cter tu….first tu cm aku xpaham pape pasal cter nie…tapi sebab kan makin lame tengok aku dah paham dah maksud dia disebalik cite tu…

 

 

 

Aku bukan nak cakap yang aku nie cukup pandai dalam semua benda, tapi ape yang aku kagum akan ayah dan mak aku En Sad and Puan Jame…mereka membesarkan kami 6 beradik dengan cara ikut hak masing2 nak jadi ape…dan mereka tak pernah nak tentukan oh dah besar nanti kau kena jadi macam ni macam tu…

 


 

 


 

 


 

 


 

 


 


 

 

12 Januari 2013

talasemia....aku????


Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

11 Januari 2013

YAHOOO.......Selangor menang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


entry yang nie aku malas nak cter banyak lagi2 liga malaysia telah pun membuka tirai, pasukan mane akan jadi fav aku harus lah SELANGOR...kenape? sebab my S KUNALAN disitu...ramai pertikaikan nape ake suka dia...jawapan aku senang sebab dia rajin kejar bola...

ikutilah berita lanjut kat kosmo online.....


pasukan kedua yang aku sokong adalah JOHOR...bukan sebab pemain dia yang bertaraf bintang tapi presiden kelab darul takzim itu sendiri yang aku puja...


xoxo
ema

10 Januari 2013

Wordless Wednesday

Dost thou love life?
Then do not squander time,
for that is the stuff life is made of.

9 Januari 2013

Kejayaan yang boleh Dibanggakan...

Assalamualaikum dan salam Sejahtera....


ye memang tak dinafikan aku memang bangga dengan ape yang dia ada dan dimana dia berada sekarang...aku boleh nampak bakat dia sejak dari konsert prelude AF lagi..tapi pada masa tu mungkin sebab rasa gugup dan tidak matang ditambah pulak dengan orang malaysia nie kalau undi ikut yang handsome je maka terkeluarlah pelajar yang aku rase dia boleh maju...siapa orang yang aku dok cite nie...

 
 
bakat dia nasib baiklah aizat nampak dan aizat ketengahkan...but the well done amir..harap amir tak lupa jatuh bangun seorang anak seni...
 
 
 
Walaupun dia nie pun asal artis dari realiti TV tapi aku tetap bangga nasib baik mas idayu nampak akan bakat dari rupa yang hitam...budak nie sebaya aku, satu sekolah agama dengan aku dan satu tempat kawasan tinggal serta aku kenal mak bapak dia...nak cakap konon dia dah glamour baru aku pandang...oh itu silap sebab aku memang pandang dia dari dulu sebab event dia bukan artis pun aku tetap respect dia sebab dia tolong parents dapat duit dari sesetengah tu perabis duit je...
 
orang yang aku dok citer nie adalah...
 
 
pape pun good luck hanifah aku tetap bangga dengan kau...



xoxo
ema


7 Januari 2013

Perjalanan Yang Panjang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....


kepenatan dan keletihan masih terasa dibadan, Mana tak nye jumaat lepas selepas pulang dari pejabat aku terpaksa bergegas pulang untuk ke Johor bahru hantar adik aku untuk pulang ke asrama...bergerak keluar dari Kuala lumpur dalam pukul 8 malam sebab aku kena g kedai repair plak plat kete yang ntah hayun mane lah pulak yang langgar sampai tertanggal..

aku kalau balik johor bahru memang port aku benti rehat kat R N R machap..sampai je sane aku tengok peniaga tu ngah sibuk dok layan cter maharajalawak. tu aku ampunkan lagi yang tak ampunnye boleh plak xda duit tukar nak balancekan aku punya duit...


sampai umah abang sepupu kat taman kota masai dalam kul 1.30 pagi aku mandi2 dan then tdo..
esok aku dah bangun awal sementara nak tunggu akak sepupu aku balik keje kilang  abku bersiap sebab aku nak g ziarah abang sepupu aku lagi seorang pastu nak anta adik aku g Hostel dia...

johor memang dah banyak berubah aku sendiri berpusing2 nak jalan tapi aku sempat snap yang konon2 pada aku dulu yang tu adalah singapore..


sebelum g hantar adik aku ke histel dia sempat gak r aku singgah umah nenek aku.
lepas hantar adik aku balik hostel malam tu jugak aku gerak balik Kuala lumpur sebab nak kejar Juara lagu punya pasal event aku boleh balik ahad pagi...

maaf lah entry nie x dapat nak upload gambar yang aku snap aku pun tak paham dah...


xoxo
ema

 
 


5 Januari 2013

Novel ke Drama or Filem?

A ssalamualaikum dan salam sejahtera.....


macam menjadi trend sekarang nie pengarah filem dan drama mengambil jalan cerita dari sebuah noevel bermula dengan langenda budak setan

yang mana telak dilakonkan oleh farid kamil dan juga lisa surihani..

setelah cerita tu blockbuster muncul plak ombak rindu

yang mana dalam cerita digandigan yang aku rase tak masuk dek akal aaron aziz dan juga maya karin.cerita nie hanya glamour sebab lagu dia je...

dah penat filem drama pun banyak terasuk dengan cerita2 dari novel antara nya

ni pun lakoanan aaron aziz dengan sape aku tak kenal. lepas tu astro pun nak juga buat drama dari siri novel ianya bermula dengan cerita

ini antara novel yang aku baca ulang kali pun x jemu...best dan hero dia si shanarz...
pastu hangat plak dengan cerita nie kat astro aku tengok ada je update status FB

cerita nie aku memang benci hero dan heroin dia tak kena langsung dengan selera aku..banyak lagi kot yang boleh dijakan hero dan heroin untuk cerita nie...

dan sekarang tengah main kat TV 3 drama yang dari novel nie

cerita dia best r gak event first episod aku keboringan sangat hero dia amar asyraf dan heroin dia nelydia senrose.tapi hero dan heroin dh kawen ase cm best gak cter nie...

dan semalam aku dengar adik aku cakap akan kuar cerita nie as a drama or ape aku tak tahu lah pulak kan cerita dari novel:

hopefully yang jadi hero dan heroin dia tu mantaplah jangan hanya pada nama..sebab untuk yang gemar membaca novel ni orangnya daya imagisnasi tinggi kalau ape yang dilakonkan tu tak mampu nak sampai memang tak syok lah tengok.

xoxo
ema






Agi idup Agi gelaban...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....



tengok pada tajuk pun dah tahu aku nak strory pasal sape...semalam aku tengah dok kemas bilik cam kapal perang dilanda todak, tba2 aku terdengar kat berita yang kita telah kehilangan seorang wira dan pejuang kemerdekaan...mula2 tu aku kompius jugak lah sape ek...bila dia sebut je nama kanang anak langkau...terus aku teringat dulu aku pernah stdy pasal novel yang dikaitkan dengan datuk temenggong kanang anak langkau nie...tapi aku lupe lah pulak time form berapa aku stdy novel nie...


pape pun nie biodata pahlawan yang telah pun pergi ke penciptanya:

Datuk Temenggong Kanang anak Langkau (1945 - Januari 3, 2013) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.
Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang bersara dari perkhidmatan pada tahun 1986 selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.
Pada awal pagi 3 Januari 2013, beliau dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak selepas mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumahnya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 1.45 pagi


dan novel yang aku stdy dulu adalah "kanang cerita seorang pahlawan" aku rasa budak yang lahir tahun 1987 akan tahu kot novel nie..itu pun bergantung samada mereka stdy novel nie or tak..

xoxo
ema

4 Januari 2013

Rumah Idaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


sejak dua menjak nie aku tengok kwn aku si kak laily nie sibuk dok cari rumah untuk mereka sekeluarga kat tenet..dari satu rumah ke satu rumah dia selidik dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain...kesian kat dia sebab husband dia tu keje kat area subang dia nak rumah kat puncak alam, kawasan sane pulak tak memenuhi piawaian si abg aime tu... nak kat puchong husband nye cakap tu lokasi jammed teruk...


agak2 lah kalau aku dah berumah dan tangga macam dia nanti aku pun akan jadi macam tu gak kot. nak pilih lokasi untuk bina keluarga kena lah sesuai dengan ape yang kita mampu dan persekitaran haruslah sesuai juga..

tbe2 aku teringat beberapa minggu yang lepas kenduri walimaturus kawan sek rendah aku oleh sebab aku pergi menumpang dengan kawan aku so dia pun lepas je kenduri culik aku g jalan2...tbe2 aku terpandang satu kawasan perumahan nie yang terletak kat putrajaya...kawasan dia buat aku tak tidur malam asyik teringat sebab satunya vie yang cantik serta rumah tu mantoooppp beb

pergh nie lah dia umah nye... nie kalo aku dapat aku dah cop loteng nak buat tempat aku bertapa..hahahaha..tu kalau mampu dapat lah..takat mimpi boleh lah...



xoxo
ema

Back To School

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....


3rd January 2013...hari kedua sekolah jalan masih seperti semalam jammed yang amat teruk, lagi lah kawasan nak keluar dari rumah aku tu ada Sek Rendah dimana dulu pun aku sekolah kat situ. Dengan itu jalan makin sesak lah...


semalam berita pun tunjuk aksi dan ragam pelajar sekolah yang mana darjah satu start ke alam riang ria.. ada yang menangis ada yang semangat gler...


yang buat muka ngantuk pun tak boleh tahan...tengah2 syok tengok ragam mereka kat TV tbe2 mak aku bersuara " anak ibu dulu masuk darjah satu sorang pun tak nanges buat muke biasa je...kecuali ko along abah kena tunggu sampai dapat bas sekolah sebab kau tu pendek nak beli ape pun kat kantin asyik kena tindas je...dah tu ada hati plak tu nak suruh abah balik tak payah teman kat sekolah"


oppsss tbe2 aku jmp plak gambar passport mase nak masuk darjah satu...

ape pun adik2 ku inilah permulaan bagi membentuk cita2 kalian...semoga berjaya


xoxo
ema

1 Januari 2013

Rentetan Lembaran 2012....

Assalamualaikummm dalam salam sejahtera....

sedar tak sedar dah sampai penghujung tahun 2012..banyak kenagan yang berlaku sepanjang tahun ini.suka duka gembira banyak yang tercatit...

permulaan tahun..

buat pertama kalinya aku kerja di suatu tempat melebihi dari setahun. semua ini terjadi sebab bos aku dan rakan sekerja yang memang awesome glerlah..dan dari seorang yang gila kn subjek programing aku mengorak langkah untuk mengetahui dan mempelajari Ilmu undang2...orang kata aku tak tetap pendirian...tapi pada aku ape yang kita amik x semestinya akan membawakan kerjaya..

pertengahan tahun..

aku dikhabarkan dengan berita duka dimana aku kehilangan nenek disebelah ibu.maka dengan ini mak dah pun jadi anak yatim piatu..mungkin pada aku itu satu kehilangan biasa kerana kami adik beradik tak berapa rapat lagi pun arwah tok rahmah aku tu memang garang ngan kami adik beradik kononya kteorang nie org bandar yang tak reti ape2 kerja rumah..

di pertengahan tahun nie juga aku dapat ape yang aku idam kan..iaitu kete.lame gak tggu loan lulus akhirnya dapat gak ape yang aku nak...tapi tak seindah yang aku sangka kete idaman aku ada plak yang dengki boleh plak dibomohnya...kejap2 kuar masuk klinik je...


percutian...

ye dengan penuh bangganya buat pertama kali aku berjaya bercuti2an dengan adik aku dengan naik kete baru..kteorg g alor setar g tengok sawah padi..cter lanjut n gambar ade kat blog adik aku nie kama tapi tang drive tu maaf ye bukan dia yang drive sepenuhnya aku yang drive dari KL ke ALOR SETAR dia hanya drive mase balik sebab aku dah penat..

raya plak kami hanya sempat balik ke JOHOR BAHRU sahaja sebab ada cerita yang berlaku sepanjang perjalanan kami ini pun ada diceritakan oleh adik aku kat blog dia...tapi kali dia dia drive kete atos sendirian aku drive BF aku sendiri...

pengakhiran...

ye sekali lagi aku sempat g bercuti kali nie akupergi dengan budak ofis dan kali aku pergi dengan tajaan sepsnuhnya benda nie aku dah coretkan kat entry percutian yang ditaja skrine. Dan jap lagi aku nak g lunch end of year yang ditaja skrine..nanti aku upload n update segala gambar ye..nantikan

hajat yang still tak tercapai..
kawen...mak aku dh bising dah..tapi itu kuasa DIA aku tak da kuasa n tak mampu



xoxo
ema